Misi kami adalah sentiasa memperbaiki interaksi dengan para penumpang, membantu orang untuk bergerak ke arah matlamat masing-masing.

Sejak tahun 2003, kami telah mencipta teknologi yang berinovatif untuk menempah perjalanan, pengangkutan barang, pembelian dan penghantaran, bantuan di jalan raya, yang menjadikan perkhidmatan ini lebih moden, berpatutan dan selamat.

Mengambil kira keistimewaan bandar-bandar besar, berdasarkan satu perkhidmatan, kami memberi pelbagai pengguna peluang untuk berinteraksi secara efektif. Tempahlah perkhidmatan dengan cara yang mudah. Penuhi tempahan - optimumkan proses carian, mengurangkan jarak tempuh dan waktu henti.

Sejarah syarikat ini bermula sebagai syarikat kecil perkhidmatan tempahan teksi di Shadrinsk, sebuah bandar kecil di Ural. Syarikat ini diasaskan oleh jurutera-jurutera muda dari Kurgan yang merupakan pakar dalam proses teknologi dan pengeluaran automasi.

Kesemua pengasas bersama dengan pemandu-pemandu yang diundang telah bekerja sebagai pemandu teksi dengan menggunakan kereta peribadi.

Mereka ingin mengautomatikkan proses tempahan perjalanan secara maksimum dan menjadikan perkhidmatan secara besar-besaran.

Langkah peningkatan operasi syarikat yang berterusan membawa kepada pembahagian tenaga kerja. Setiap individu harus melakukan tugas masing-masing: ada yang membentuk pusat panggilan yang moden dan melatih operator, ada yang membangunkan produk perisian dan memberikan bantuan teknikal, ada yang cuba mengambil perhatian pengguna dan ada yang terlibat di bahagian pengangkutan.

Pada masa kini, pasukan yang terdiri dari pakar-pakar dalam pelbagai bidang bekerjasama untuk memberikan perkhidmatan.

Untuk enam tahun pertama, operasi telah distubuhkan di 4 buah bandar. Proses perniagaan yang lebih cekap telah disusun dan tradisi bekerjasama yang saling menguntungkan telah dibentuk yang membawa kepada syarikat untuk terus berkembang. Contohnya pada tahun 2009, kami telah membuka cawangan di 7 buah bandar sekaligus. Pada tahun 2007 - 17 buah bandar. kemudiannya mencecah lebih daripada 22 buah bandar setahun. Pada tahun 2020, geografi perkhidmatan di Rusia merangkumi lebih daripada 500 buah tempat.

Di setiap bandar, kami memperhebatkan persaingan dan berusaha untuk kepentingan masyarakat dan ekonomi.

Beberapa tahun sebelum menjadi trend global, kami telah mencipta platform digital berskala industri untuk interaksi para pengguna secara langsung. Pada tahun 2007 yang lalu, para pemandu yang disambungkan ke perkhidmatan telah dipindahkan dari walkie-talkie ke aplikasi mudah alih. Pendekatan innovatif kami untuk menjalankan perniagaan dan keinginan untuk memenuhi perubahan keperluan pengguna membenarkan kami untuk mengambil bahagian secara aktif dalam transformasi dan pembentukan pasaran perkhidmatan pengangkutan moden.

Kami sangat berbangga kerana dengan aspirasi dan pengalaman, kami telah membangunkan perisian dan perkakasan kompleks yang berkeupayaan tinggi dimana ianya memastikan fungsi perkhidmatan dan penyediaan analisis terperinci untuk pengurusan perniagaan yang fleksibel.

Sebilangan besar tempahan yang diterima sepanjang masa melalui telefon, dari laman sesawang, dan melalui aplikasi Maxim, diterima dan diproses oleh pusat hubungan khusus yang terbesar di Rusia. Ianya juga untuk membantu para pembantu dan penghantar barang yang bekerja dengan tempahan melalui aplikasi Taxsee Driver. Program latihan operator profesional telah dibangunkan berdasarkan keperluan kami.

Sejak 2014, kami telah mula beroperasi di luar Persekutuan Rusia, dengan membuka cawangan di negara-negara jiran dan luar. Kami telah berkembang menjadi sebuah syarikat berstatus antarabangsa.

Kami berusaha untuk menjadi sebuah jenama global sehingga apabila anda melakukan perjalanan ke bandar-bandar dan negara-negara yang berlainan, semua orang tidak kira di mana mereka beradadapat menggunakan perkhidmatan perkhidmatan Maxim.

Kami berasa sukacita mencipta teknologi dan perniagaan yang setanding dengan syarikat-syarikat global terkemuka di dunia.

Masa untuk bergerak!